BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 24

AKU TETAP AKU

Aku...
Aku adalah aku..
Yang punya hati dan perasaan..

Mengapa aku yang engkau pilih?
Mengapa engkau yang aku
Mengapa hatiku ada padamu?
Dan mengapa pula hatimu ada padaku?

Ketahuilah bahawasanya aku tetap aku..
Dan engkau tetap engkau..
Dan ketahuilah bahawasanya aku amat menyayangimu..

Biarpun sejuta percikan api membahangiku..
Biarpun sejuta wajah insan lain cuba mendampingiku..
Biarpun ada saja rintangan menghalangiku..

Namun....
Aku masih tetap menyayangimu..
Dan mengasihimu..
Kerna....
Aku tetap aku, dan engkau tetap engkau.........